Jumaat, 28 November 2008

orang-orang Melayu yang murtad.

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRINARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina,dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia– iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. “Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,”katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn).Walau bagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Da nbanyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas dilaut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus. Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islampada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi JabatanPendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan ‘Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut,bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan,tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah diMalaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaranIslam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialahapabila hakim berkata , ‘ Memandangkan p if seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islamsehinggalah dia mati’.Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, danrayuannya yang terkini akan didengari di MahkamahTinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akanditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasaperundangan terhadap mereka yang ingin keluar dariIslam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan PersekutuanMalaysia) menjanjikan kebebasan beragama. “Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam”. Kata Kamariah lagi.Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. “ Ramai orang Melayu Kristia nmenyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia”,menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarka nsebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan.Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – danianya telah diluluskan. Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain.“Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam”, menurut wanita mud tadi. “Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam di atas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah.” Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya”, kata Kamariah.Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin diMalaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. “Di sini say aharus berhati-hati dengan siapa saya bercakap”,menurut Kamariah. “Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam.”Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas du a tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. “Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai,” katanya lagi. “Doa dia dijawab.Doa saya tidak.” Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang dirumah. “Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga”,katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. “Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.”

Tiada ulasan: